`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, December 20, 2024

UM lapor polis lagi kucing ditemukan mati ngeri

 

Free Malaysia Today
Universiti Malaya seru warga kampus yang mempunyai maklumat berhubung siri kematian ngeri kucing menghubungi pihak keselamatan.

PETALING JAYA
Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis selepas seekor lagi kucing ditemui mati di kawasan kampusnya hari ini.

Selain itu, pihak pengurusan universiti memaklumkan kawalan sekitar kawasan kampus akan dipertingkat susulan siri kejadian ngeri itu.

“UM amat prihatin terhadap perkembangan membabitkan kematian ngeri beberapa ekor kucing sekitar kampus serta komited untuk memastikan kawasan kampus menjadi persekitaran yang selamat.

“Insiden ini merupakan kes kedua yang berlaku, dan langkah (membuat laporan) diambil untuk membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut serta memastikan tindakan diambil sekiranya terdapat unsur penganiayaan oleh manusia,” katanya dalam kenyataan.

Pihak universiti turut menyeru semua warga kampus yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi pihak keselamatan menerusi talian 03 79677777.

Terdahulu, media melaporkan seekor lagi kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kecederaan pada keempat-empat kakinya seperti dipotong serta luka besar pada badan.

Penemuan bangkai kucing itu dikongsi pengguna media sosial yang menuntut keadilan bagi kucing yang dinamakan ‘Lily’, serta dua lagi kucing yang ditemukan dalam keadaan sama sebelum ini.

Polis sebelum ini mengesahkan kucing yang didapati mati sebelum ini akibat diserang anjing liar, menurut laporan awal Jabatan Veterinar.

Sementara itu, UM hari ini memaklumkan, pihaknya meluluskan penubuhan ‘Universiti Malaya Animal Guardians’ pada Ogos lalu, bertujuan menangani isu haiwan terbiar dalam kawasan kampus. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.