`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, March 5, 2025

Ditipu pelaburan kripto, doktor wanita rugi RM86,200

 

scam
Mangsa diperkenalkan dengan pelaburan kripto  Twyae Global Exchange dan mula aktif membuat pindahan wang menerusi sebanyak lima transaksi berjumlah RM86,200, kata Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor.

PETALING JAYA
Seorang pegawai perubatan terpaksa berputih mata selepas kerugian RM86,200 akibat diperdaya dengan skim pelaburan mata wang kripto, November tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata wanita berusia 39 terbabit sebelum itu menerima pelawaan seorang individu dikenali sebagai ‘Lucas’ untuk menyertai kumpulan WhatsApp untuk berkongsi maklumat pasaran saham.

Katanya, mangsa kemudiannya diperkenalkan dengan pelaburan kripto dikenali sebagai Twyae Global Exchange dan mula aktif membuat pindahan wang ke dalam akaun terbabit sebanyak lima transaksi berjumlah RM86,200.

“Ketika wanita terbabit cuba mengeluarkan wang keuntungan daripada pelaburan dibuatnya, pelbagai alasan diberi termasuk pembekuan akaun.

“Kecurigaan mangsa terhadap pelaburan ini bermula apabila Lucas mengarahkannya membuat pindahan wang kira-kira RM160,000 kelmarin untuk pengesanan semakan sumber pendapatan bagi membolehkan wang keuntungan miliknya itu dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Azli berkata, menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.