
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu seterusnya akan dibawa ke mesyuarat pengurusan tertinggi negara untuk diperhalusi.
Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.
“Kita akan bincang untuk dapatkan hala tuju, diharapkan akan ada keputusan… kalau tiada keputusan maka perlu ada langkah-langkah perundingan seterusnya,” katanya lapor Bernama, selepas menutup majlis di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Kuching.
Kali terakhir persempadanan semula kerusi Parlimen adalah pada 2006, dengan Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 Ahli Dewan Rakyat iaitu 56 kerusi atau kira-kira 25% daripada keseluruhan 222 kerusi
Pada 10 Nov tahun lalu, Fadillah dilapor berkata pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas PRU.
Hal ini berikutan beberapa aspek perundangan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dapat dipinda di Dewan Rakyat, katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.