
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan terhadap hantaran itu dibuat susulan laporan polis seorang individu di Balai Polis Jalan Tun Razak malam tadi, lapor Bernama.
Katanya, penelitian mendapati bahawa hantaran tersebut mengandungi unsur yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam dan mendatangkan kegusaran awam.
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Terdahulu tular di Facebook satu hantaran dari seorang individu yang mencabar askar dan umat Islam di Malaysia ke Gaza selain menyindir kecaman yang diberikan terhadap Israel sebagai tidak bermakna.
Semakan mendapati hantaran tersebut mendapat 42 perkongsian dan 270 komen selain akaun Facebook berkenaan masih aktif.
Kenyataan itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak dan dianggap menyentuh sensitiviti agama. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.