`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, August 20, 2025

Pemimpin PN hadir beri sokongan untuk Hilman di mahkamah

10 pemimpin pembangkang bersama 50 penyokong turut turut melaungkan slogan 'hidup Hilman' dan 'hidup rakyat'.

Hilman Idham
Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham bersama beberapa pemimpin Perikatan Nasional dan penyokongnya ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR:
 Kira-kira 10 pemimpin bersama 50 penyokong Perikatan Nasional (PN) berkumpul bagi memberi sokongan kepada Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

Hilman dijangka didakwa berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam satu perhimpunan bulan lepas.

Semua pemimpin pembangkang dan penyokong tersebut tiba di mahkamah pada jam 9.19 pagi bagi memberi sokongan kepada Adun Gombak Setia.

Kumpulan itu turut melaungkan slogan ‘hidup Hilman’ dan ‘hidup rakyat’.

Antara yang hadir Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali, Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin, Naib Ketua Pemuda Bersatu Muhammad Faiz Rahmad dan Ahli Parlimen Pasir Salak Jamaludin Yahya.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Ketua Pemudanya Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Dewan Ulama Ahmad Yahya dan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim turut hadir.

Hilman dilaporkan bakal didakwa bawah kanun keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.

Dalam ucapannya ketika perhimpunan di luar IPD Dang Wangi pada 29 Julai, Hilman membidas penahanan beberapa ahli parti, disyaki berkaitan dengan himpunan ‘Turun Anwar’ beberapa hari sebelum itu. - FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.