`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, August 26, 2025

Polis siasat lagi insiden kibar bendera terbalik, kali ini di KL

Pemilik premis dan pekerja disiasat bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

Nuzulan Din
Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nuzulan Din berkata, keterangan daripada pemilik premis perniagaan serta pekerja yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik di Kuala Lumpur telah diambil. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Polis membuka kertas siasatan berhubung satu lagi insiden Jalur Gemilang dikibar terbalik, kali ini membabitkan sebuah premis di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nuzulan Din mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 12.07 tengah hari semalam.

Beliau berkata, keterangan daripada pemilik premis perniagaan serta pekerja yang memasang bendera berkenaan telah diambil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Siasatan kes masih berjalan dan dalam proses untuk dilengkapkan,” kata Nuzulan.

Insiden itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian bendera kebangsaan dan negeri dikibarkan terbalik. Sebelum ini, sebuah pasar raya mini di Pontian diarah tutup 30 hari kerana mengibarkan bendera Johor secara terbalik semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.