`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Sunday, September 6, 2026

MB, kerajaan N Sembilan zahir sokongan penuh kepada Tuanku Muhriz

 Ismail Lasim berkata fokusnya kini menjalankan amanah sebagai menteri besar demi kepentingan rakyat dan negeri.

TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR
Semalam, Sekretariat Undang Yang Empat menuntut pentadbiran negeri, khasnya setiausaha kerajaan negeri mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang didakwa ditandatangani Menteri Besar Ismail Lasim di Istana Laguna Biru pada 3 Ogos lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim bersama kerajaan negeri pimpinannya menzahirkan sokongan penuh taat setia kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Sekretariat Undang Yang Empat menuntut pentadbiran negeri, khasnya setiausaha kerajaan negeri mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu.

Ismail menegaskan fokusnya kini menjalankan amanah sebagai menteri besar demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Saya mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan Undang Yang Empat semalam. Apa jua pandangan Undang Yang Empat adalah hak mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.