`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Friday, September 4, 2026

PAS Terengganu tawar calon PM, rekod negeri bukti mampu tadbir negara

 Perwakilan PAS Terengganu, Wan Mat Sulaiman, berkata negeri itu sejak ditadbirkan PAS catatkan banyak kejayaan walaupun berdepan pelbagai kekangan.

Perwakilan PAS Terengganu, Wan Mat Sulaiman, berkata Terengganu yang dipimpin Menteri Besar, Samsuri Mokhtar turut mencatat pelaburan RM7.58 bilion pada 2025, jumlah tertinggi pernah dicatat negeri itu. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU:
PAS Terengganu menawarkan calon perdana menteri dari negeri itu dan berkata rekod pentadbiran hampir dua penggal mentadbir Terengganu menjadi bukti pemimpin dari negeri itu mampu mengurus negara.

Perwakilan PAS Terengganu, Wan Mat Sulaiman, berkata pencapaian kerajaan negeri sejak mengambil alih pentadbiran pada 2018 membuktikan PAS mampu menunjukkan prestasi dalam tadbir urus, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, antara pencapaian yang boleh dijadikan ukuran ialah penilaian Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang meletakkan Terengganu sebagai negeri terbaik di Malaysia dari segi ketelusan pengurusan bajet.

“Ini bermaksud kita mempunyai aset (pemimpin) yang begitu penting, yang mampu untuk mengurus kewangan negara walaupun dalam keadaan terbatas.

“Oleh yang demikian, jika pusat mahu, PAS Terengganu ingin menawarkan calon perdana menteri daripada Terengganu,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.

Wan Mat berkata Terengganu yang dipimpin Menteri Besar, Samsuri Mokhtar turut mencatat pelaburan sebanyak RM7.58 bilion pada 2025, jumlah tertinggi pernah dicatat negeri itu.

Menurutnya, pencapaian itu lebih bermakna kerana ia dicapai ketika Terengganu berdepan kekangan kewangan serta royalti petroleum yang dinafikan kerajaan pusat.

Tambahnya, Terengganu turut memperoleh pengiktirafan sebagai negeri paling bahagia pada 2024, yang menurutnya mencerminkan kejayaan kerajaan negeri mencapai matlamat menjadikan Terengganu sebuah negeri yang ‘maju, berkat dan sejahtera’.

“Ini bukti, ini keyakinan kita kepada rakyat yang kita nak beritahu bahawa PAS sudah mempunyai bukti, bahawa kita mampu mentadbir negara dengan baik,” katanya.

Katanya, pengalaman PAS mentadbir Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis di bawah kerangka SG4 akan menjadi asas untuk rakyat menilai kemampuan parti itu sekiranya diberi peluang mentadbir di peringkat persekutuan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.