`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, October 17, 2026

Malaysia perlu lahir lebih ramai pedagang petroleum tempatan, kata industri

 Akses pembiayaan dan latihan perdagangan penting untuk menjadikan Malaysia hab petroleum serantau.

Kapal kargo kontainer
Usaha melahirkan lebih ramai pedagang tempatan berkemahiran mampu merebut peluang pasaran antarabangsa dan tingkat nilai komersial negara. (Gambar Magnific)
PETALING JAYA:
Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pedagang petroleum tempatan dan memudahkan akses kepada pembiayaan bagi mencapai matlamat menjadi hab perdagangan petroleum serantau, kata pemain industri.

R Jeyenderan yang mempunyai pengalaman 28 tahun berkata, Malaysia perlu membina kepakaran tempatan dengan sokongan institusi kewangan dan pemain industri supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau mencadangkan program latihan enam bulan untuk pelajar sarjana dan PhD, dengan dua hingga empat sesi sebulan.

Latihan itu merangkumi pengurusan kewangan, prosedur mengenali pelanggan (KYC), usaha wajar dan pengurusan risiko perdagangan.

“Matlamatnya mendidik mereka mengenai kaedah perdagangan dan pembiayaan antarabangsa yang betul.

“Mereka perlu memahami keperluan modal, mengurus perubahan harga dan menilai kemampuan kewangan sebelum melaksanakan urus niaga kargo,” katanya dalam kenyataan.

Jeyenderan berkata, akses kepada pembiayaan juga penting kerana pedagang memerlukan kemudahan bank untuk membeli kargo dan memenuhi komitmen perniagaan.

“Tanpa bank menyediakan kemudahan pembiayaan, tidak ada gunanya bercakap mengenai perdagangan di Malaysia,” katanya sambil menggesa lebih banyak sokongan diberikan kepada pedagang tempatan yang mahu memasuki pasaran petroleum antarabangsa.

Berdasarkan pengalamannya, pedagang dari Singapura merupakan antara pesaing utama ketika beliau mula menceburi perniagaan pembekalan bahan api kapal hampir tiga dekad lalu.

Beliau berkata, perubahan kecil harga petroleum boleh menyebabkan kerugian atau keuntungan besar apabila urus niaga melibatkan jumlah kargo yang banyak.

“Oleh itu, pedagang perlu memahami pergerakan harga, mengurus kewangan dengan berdisiplin dan mengawal risiko,” katanya.

Bagi membangunkan bakat baharu, beliau berkata syarikatnya Maritime Network Sdn Bhd mengambil kira-kira lima hingga 10 pelatih industri setiap bulan, bergantung pada jumlah permohonan.

Menurutnya, mereka diberi pendedahan kepada operasi perkapalan dan amalan industri.

“Ini diharapkan dapat membantu lebih ramai pedagang tempatan berkemahiran
untuk merebut peluang dalam pasaran petroleum antarabangsa dan menjana nilai komersial di dalam negara,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.