Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata ketika kejadian mangsa sedang buat pemeriksaan di lorong kecemasan sebelum dirempuh dari belakang.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, berdasarkan maklumat awal, dua anggota JPJ itu sedang menjalankan tugas rondaan sebelum menahan sebuah lori jenis ‘low loader’ di lorong kecemasan berhampiran susur persimpangan Senawang.
“Bagaimanapun, sebuah lori lain secara tiba-tiba merempuh anggota serta kenderaan JPJ dari arah belakang,” katanya yang dipetik Buletin TV3 sebagai berkata.
Menurutnya, anggota JPJ yang parah kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Aedy Fadly berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Tambahnya, proses bedah siasat terhadap anggota JPJ yang meninggal dunia itu akan diadakan pagi ini sebelum jenazah dikembumikan di Seremban. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.