`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Monday, October 19, 2026

Pemimpin Umno sambut dingin Wawasan mahu tanding Sungai Udang, Bemban

 Nur Jazlan Mohamed seru Umno runding dengan PAS sahaja, manakala pemimpin Wanita, Rosni Zahari tidak yakin kemampuan Wawasan.

nur jazlan mohamed n Rosni Zahari
Ahli MKT Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata Wawasan tidak wajar desak Umno menerima kemahuannya, sambil Ketua Penerangan Wanita Umno Rosni Zahari mahu kekuatan sesuatu parti diambil kira.
PETALING JAYA:
Dua pemimpin Umno menyambut dingin hasrat Wawasan untuk pertahan DUN Sungai Udang dan Bemban, merujuk status semasa Perikatan Nasional (PN) selain kemenangan tipisnya dua kerusi berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata ketika ini Umno hanya wajar berunding dengan PAS berhubung pembahagian kerusi memandangkan penggantungan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Lebih afdal dan adil isu permintaan kerusi Wawasan dimuktamadkan secara dalaman, selari dengan konsep komponen PN, dan bukan dengan cara mendesak Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN).

“BN hanya wajar berunding dengan PAS memandangkan kesahihan PN belum dimuktamadkan oleh JPPM,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Wawasan menegaskan hasrat mempertahankan Sungai Udang dan Bemban pada PRN Melaka, sama seperti Umno yang mahu mengekalkan 21 kerusi disandangnya.

residen Hamzah Zainudin, berkata partinya berhak bertanding di dua kerusi itu berdasarkan prinsip mempertahankan kawasan dimenangi penyandang.

Katanya, Wawasan tidak menolak keperluan menyusun semula pembahagian kerusi, namun rundingan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak.

Sungai Udang sebelum ini disandang Dr Aleef Yusof, manakala Bemban disandang Dr Yadzil Yaakub. Keduanya bertanding atas tiket Bersatu pada PRN Melaka 2021 sebelum menyertai Wawasan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno Rosni Zahari, berkata pembahagian kerusi Sungai Udang dan Bemban perlu dinilai berdasarkan keadaan semasa serta kekuatan parti bertanding.

Beliau berkata, kemenangan majoriti tipis tidak semestinya menjamin penyandang mampu mengekalkan kerusi pada PRN kali ini.

“Sungai Udang dan Bemban masing-masing dimenangi dengan majoriti tipis, iaitu 530 dan 328 undi sahaja. Sekarang, Wawasan perlu mengambil kira perubahan parti dan sokongan pengundi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.