`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, October 18, 2026

Kes dadah lama berdekatan balai diungkit, ketua polis KL tampil bersuara

 Fadil Marsus berkata, pendedahan bekas wartawan itu publisiti 'tidak wajar' yang boleh timbulkan persepsi negatif terhadap polis.

Bekas wartawan Berita Harian Azrul Affandi Sobry tampil imbau pengalamannya menerusi sebuah audio siar yang dimuat naik di YouTube.
PETALING JAYA:
Tindakan seorang wartawan mengimbau operasi pengedaran dadah berskala besar berhampiran IPD Sentul sedekad lalu mengundang rasa tidak puas hati Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus.

Fadil menyifatkan pendedahan itu sebagai publisiti tidak wajar yang ‘boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pihak polis dan menjejaskan imej serta kredibiliti pasukan’.

Wartawan itu berkongsi pengalamannya menerusi sebuah audio siar yang dimuat naik di YouTube petang semalam, menceritakan bahawa beliau bersembunyi di sebuah kuil terbiar di Sentul selama tiga hingga empat hari untuk melihat sendiri kegiatan haram berkenaan.

Menerusi klip video berdurasi dua minit 30 saat yang tular di TikTok, bekas wartawan itu menzahirkan kehairanan bagaimana sebuah premis yang menjadi hab pengedaran dadah beroperasi secara terang-terangan di depan sebuah balai polis besar tanpa pernah diserbu.

Fadil menjelaskan insiden terbabit sebenarnya berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis telah dibuat mengenainya ketika itu.

Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menyebar atau menularkan sebarang maklumat.

“Pihak polis komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya dalam kenyataan.

Dalam versi penuh audio siar itu di YouTube, Azrul Affandi Sobry turut berkongsi pengalamannya bergelar guru sebelum terjun ke dunia kewartawanan bersama Berita Harian, selain meraih enam anugerah sebelum meninggalkan kerjaya itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.