`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, October 17, 2026

Amanah minta MB Selangor kaji peranan Noorazli di DUN Dengkil

 Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Abbas Azmi merujuk pertuduhan mahkamah terhadap ketua Umno Sepang berkait jenaka biarawati.

Noorazli Said
Ketua Umno Sepang Noorazli Said dituduh sengaja melukakan perasaan agama ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno 2026 pada 12 Sept. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Amanah sudah memaklumkan kepada Menteri Besar Amirudin Shari mempertimbangkan semula Ketua Umno Sepang Noorazli Said sebagai penyelaras DUN Dengkil, selepas dituduh di mahkamah kerana menyentuh sensitiviti agama ketika berucap pada himpunan politik bulan lalu.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Abbas Azmi, berkata individu yang tidak memahami keadaan masyarakat majmuk di negeri itu tidak seharusnya dilibatkan dalam pentadbiran.

“Ucapan Noorazli tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh sensitiviti serta adat dan budaya masyarakat lain di negara kita. Jika perkara sebegini tidak dibendung, ia boleh menimbulkan keadaan tidak sihat dalam masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama.

“Perkara ini telah saya sampaikan kepada menteri besar dan saya yakin beliau turut mengambil maklum isu ini demi menjaga keharmonian dan perpaduan di Selangor. Sudah pasti tindakan susulan perlu diambil,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, media melaporkan Noorazli mencetuskan kontroversi apabila menyampaikan jenaka menggunakan watak seorang paderi dan biarawati serta merujuk Surah Mazmur dalam kitab Injil ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU).

usulan kenyataan kontroversi tersebut, Noorazli dikecam sebelum memohon maaf sekiranya ucapannya menyinggung perasaan orang lain. Beliau turut menjelaskan analogi digunakan bukan bertujuan mempersenda individu, kepercayaan atau agama.

Noorazli kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 8 Okt atas pertuduhan mengeluarkan perkataan yang melukakan perasaan penganut agama Kristian ketika berucap pada PAU 2026.

Mengulas lanjut, Abbas yang juga Adun Seri Serdang secara peribadi mencadangkan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula hubungannya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) susulan beberapa kontroversi membabitkan pemimpin parti itu di peringkat nasional, selain isu berkaitan Noorazli.

“Saya kira isu Noorazli juga satu perkara yang boleh dijadikan pertimbangan oleh PH untuk mengkaji semula hubungan dengan BN.

“Begitu juga isu Felda, Tabung Haji, dan kemelut di Negeri Sembilan yang melibatkan pemimpin Umno-BN. Sudah pasti masyarakat Melayu sukar menerima apa yang berlaku,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.