Sebanyak 41 kawasan rekod bacaan IPU pada tahap sederhana petang ini, manakala udara di satu kawasan berada pada tahap baik.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan IPU Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan lain di Johor yang merekodkan bacaan tidak sihat termasuk Kota Tinggi (179); Larkin (170); Pengerang (168); Batu Pahat (166); Kluang (161); Tangkak (158); dan Segamat (156).
Di Selangor, lima kawasan turut mencatat bacaan tidak sihat, melibatkan Johan Setia (161); Shah Alam (157); Petaling Jaya dan Klang (masing-masing 154); serta Banting (152).
Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 170, diikuti Seremban (166) dan Port Dickson (152), manakala ketiga-tiga kawasan pemantauan di Melaka, iaitu Bukit Rambai (166), Bandaraya Melaka (158) dan Alor Gajah (157), turut berada pada tahap tidak sihat,
Bagi Wilayah Persekutuan, Putrajaya mencatat bacaan IPU 155, manakala Cheras dan Batu Muda di Kuala Lumpur masing-masing merekodkan bacaan 154 dan 152.
Sementara itu, bacaan tidak sihat turut dilaporkan di Pahang membabitkan Rompin (152), serta Sarawak, meliputi Kuching (155), IPD Serian (155) dan Samarahan (138).
Sebanyak 41 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala udara di satu kawasan berada pada tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.