`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Wednesday, November 11, 2026

Nanta sahkan tak bertanding PRN Sarawak

 Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, kata persempadanan kerusi baharu tidak sempat diguna pakai pada PRN kali ini.

ALEXANDER NANTA LINGGI
Spekulasi berhubung hasrat Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, bertanding di peringkat DUN timbul susulan cadangan pewujudan kerusi baharu iaitu DUN Melekun.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, mengesahkan beliau kekal berkhidmat di peringkat Parlimen dan tidak akan bertanding di kerusi DUN pada PRN Sarawak bulan depan.

Setiausaha agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata spekulasi berhubung hasratnya bertanding di peringkat DUN timbul susulan cadangan pewujudan kerusi baharu iaitu DUN Melekun dalam Parlimen Kapit.

Bagaimanapun, menteri kerja raya itu berkata persempadanan kerusi baharu berkenaan tidak sempat diguna pakai pada PRN kali ini kerana belum diwartakan.

“Walaupun DUN Sarawak sudah meluluskan tambahan kerusi, ia belum dibawa ke Dewan Rakyat untuk pengesahan. Jadi tidak sempat diguna dalam PRN ini, maka saya tidak ada tempatlah,” katanya ketika ditemui selepas rakaman program terbitan Bernama TV.


Pada 7 Julai 2025, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 yang menyaksikan pertambahan 17 kerusi baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 99 kerusi DUN.

Bilangan kerusi DUN Sarawak ditambah secara berkala daripada 48 pada 1969 kepada 56 pada 1985, 62 pada 1995, 71 pada 2005 dan 82 pada 2014.

Nanta yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapit selama enam penggal berkata ketiadaan peluang bertanding di peringkat DUN bukan isu kerana keutamaannya adalah untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat menerusi mandat Parlimen sedia ada.

Beliau pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kapit pada PRU akan datang bagi memberi laluan kepada peralihan kepimpinan, di samping membuka ruang untuk berkhidmat di peringkat negeri sekiranya kerusi DUN Melekun diwujudkan.

Ditanya mengenai laporan bahawa GPS bakal mempertaruhkan 10% calon muka baharu pada PRN berkenaan, Nanta enggan mengulas lanjut dan menegaskan ketetapan tersebut tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, manakala penamaan calon pada 28 Nov dan pengundian awal pada 8 Dis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.