`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 19, 2018

'Dapur gas pun kau nak campak...'

nabihah.kamal@hmetro.com.my
"DIA merayu kepada saya supaya tidak melaporkan perbuatannya dan dia beri alasan tak berdaya untuk bawa turun barang menyebabkan dia campak dari tingkat atas," kata penduduk di apartment di Setia Alam, Shah Alam dikenali sebagai Edie, 32, yang video dirakamnya tular di Facebook (FB), 2 Januari lalu.
Video berdurasi 55 saat itu menunjukkan seorang tukang cuci warga asing merayu memohon maaf sebaik Edie mengetahui perbuatannya membuang barang antaranya kerusi dan beberapa batang besi dari tingkat empat apartment berkenaan.
Menurut Edie, dia yang berehat di rumahnya di tingkat satu terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum bergegas keluar memeriksa punca bunyi berkenaan.
person sitting on a bench in a garden: Besi dan kerusi yang dilempar serta dapur gas dibawa yang hampir dicampak namun sempat dihalang oleh Edie. FOTO ihsan Edie© Provided by Media Prima Besi dan kerusi yang dilempar serta dapur gas dibawa yang hampir dicampak namun sempat dihalang oleh Edie. FOTO ihsan Edie
"Pada petang hari kejadian, dua anak saya minta kebenaran mahu ke taman permainan di bawah tetapi saya minta mereka keluar selepas Asar.
"Sementara menunggu Asar, saya yang ketika itu sedang berehat terkejut mendengar bunyi dentuman kuat sebelum anak memberitahu ada orang baling barang menyebabkan saya keluar melihat apa yang terjadi," katanya yang bekerja sebagai pemandu.
Menurutnya, dia ternampak besi di aras bawah sebelum melihat sendiri ada barang yang jatuh dari atas.
"Saya terus ke tingkat atas sebelum saya lihat 'cleaner' (tukang cuci) nak baling dapur gas. Saya jerit menyebabkan dia tak jadi baling.
"Saya ada beritahu nak membuat laporan polis, dia merayu dan pegang kaki saya,"katanya.
Edie berkata, tukang cuci berkenaan memberi alasan tidak berdaya untuk mengangkat barang pemberian daripada penduduk di situ.
"Dia beritahu saya dia tak larat nak naik turun dan kononnya melihat tiada orang di bawah menyebabkan dia baling saja dari atas.
"Saya fikir kalau anak saya turun ke taman permainan, apalah akan jadi kepada anak saya," katanya.
Menurutnya, dia merujuk perkara berkenaan kepada pihak pengurusan bersama apartment berkenaan.
"Mereka menasihati wanita itu supaya tidak buat lagi namun tiada tindakan diambil," katanya.
Edie berkata, perkara berkenaan perlu diambil serius dan dia turut menerima kecaman dari netizen apabila ada yang mengatakan dia cuba mengaibkan individu berkenaan.
"Tindakan baling barang ini, kita susah nak tahu pelakunya. Kali ini, saya nampak depan mata saya.
"Saya muat naik bukan nak aibkan sesiapa. Ia untuk kesedaran.
"Nak bising sebelum jadi atau nak bising bila dah jadi (perkara tak diingini).Takkan dah ada yang mati baru nak bising," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.