`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 20, 2018

Kerajaan Sabah sumbang RM6 juta kepada Rela

Musa Aman berkata, beliau tidak teragak-agak meluluskan jumlah begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan Rela di kawasan Esszone sejak 1 Januari lalu.
MUSA-AMAN-RELA-1
TUARAN: Sumbangan kerajaan Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.
Katanya, beliau tidak teragak-agak meluluskan jumlah begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan Rela di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 1 Januari lalu.
“Kerajaan negeri dengan sukacita bersetuju memberi sumbangan ini agar Rela dapat membeli uniform dan peralatan lain bagi memudahkan penugasan di Esszone.
“Sumbangan ini sebagai penghargaan kita kepada anggota Rela selama ini yang menjaga keselamatan dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab,” katanya selepas majlis pelancaran penugasan anggota Rela di Esszone di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, hari ini.
Seramai 504 anggota Rela ditugaskan di Esszone bagi membantu mengawal keselamatan di sana bersama pasukan keselamatan lain.
Musa berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan tapak membina sebuah lagi pusat latihan Rela bagi pantai timur Sabah.
Menurutnya, pusat latihan ke-2 jabatan itu akan dibina di Sandakan di tapak seluas kira-kira 20 hektar.
“Saya telah mengarahkan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah membuat persediaan untuk menyerahkan tanah kepada Rela.
“Ini baik untuk Sabah kerana kita bukan sahaja ada pusat latihan di pantai barat, kita juga akan wujudkan satu lagi di pantai timur yang akan memberi kemudahan kepada anggota Rela di sana menjalani latihan.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.