`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 6, 2018

‘Pemilik Rumawip boleh sewakan rumah, tetapi ada syarat’

Antara syarat itu ialah pemilik ditukar berkhidmat ke negeri lain selepas membeli Rumawip, tetapi mereka tidak boleh menyewakan rumah itu kepada warga asing.
tengku-adnan-rumawipKUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan membenarkan pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) menyewakan kediaman mereka kepada pihak ketiga dengan syarat.
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antara syarat yang sedang dipertimbangkan adalah pemilik ditukar berkhidmat ke negeri lain selepas membeli rumah itu.
“Kita faham dan tidak mahu membebankan, contohnya jika pemilik ditukar bekerja ke Sarawak, boleh disewakan rumah itu daripada dibiarkan kosong.
“Pemilik juga tidak dibenar menyewakan kediaman kepada warga asing, perkara ini akan dipantau JMB (Badan Pengurusan Bersama) dan tindakan akan diambil jika ingkar,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci Rumawip Residensi Sentulmas hari ini.
Sebelum ini, Rumawip mensyaratkan unit yang dibeli perlu didiami pembeli dan tidak boleh disewakan.
Rumawip Residensi Sentulmas yang siap untuk didiami 351 pemilik merangkumi satu blok setinggi 30 tingkat dan unit berkeluasan 900 kaki persegi itu mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi serta kemudahan parkir berbumbung.
Projek itu berjaya disiapkan 23 bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan dan merupakan Rumawip ke-2 berjaya disiapkan, selepas Residensi Pandanmas. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.