`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 25, 2020

Akhir Sekali Salafi Pun Kata Minum Air Kencing Unta Itu Palsu, Perubatan 'Islam" Tiada Dan Entah Apa Lagi




ISLAM tidak pernah memperkenalkan mana-mana perubatan sandarkan agama
seperti jampi atau penggunaan bahan tertentu yang didakwa sesetengah pihak 

Islam menyuruh umatnya berubat mana-mana kaedah perubatan 
selagi kaedah itu tidak membabitkan syirik dan menyalahi akidah

tiada istilah ‘perubatan Islam’ yang merujuk kepada jampi atau bahan (tertentu) 

Apa sahaja ubat mengikut kaedah betul maka ia adalah perubatan diizinkan syarak
Ini termasuk perubatan . . .mengikut disiplin ilmu perubatan

perubatan moden, cina, India, Melayu yang tidak haram, khurafat, syirik diizinkan agama

jika boleh menyembuhkan sakit, maka ia disuruh Islam tanpa mengira asal usul perubatan 

Namun jelasnya, terdapat hadis palsu mengaitkan perubatan tertentu dengan Islam 

satu ciri hadis palsu adalah hadis berunsur ungkapan pengamal perubatan itu yang terbukti palsu

sekiranya sains buktikan kesalahan fakta hadis, maka hadis itu adalah palsu

dua hadis meriwayatkan kelebihan kismis 

Ibn al-Qayyim menjelaskan keduanya hadis palsu


(OSTB : Eleh .. eksyen lah rujuk Ibn Qayyim. Tanya bebudak sekolah rendah di India, Cina, Amerika, Eropah, Jepun pun depa dah tahu. Maksudnya intelek yang diperlukan untuk faham penipuan kismis ini  tahap bebudak sekolah rendah. Takkan itupun kena rujuk Ibn Qayyim ? Habis kalau Ibn Qayyim tak tulis dalam buku dia, awak pun telanlah kismis ajaib dengan botol sekali? Macam itu ke ya syeikhul?)


Namun apa yang disebut oleh al-Quran . .  tiada sebarang syak mengenai kewahyuannya (divinity). 



Katanya, mengenai hadis sahih yang membicarakan kelebihan . . . air kencing unta dan seumpamanya, ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkannya sama ada ia adalah wahyu dari Allah atau budaya setempat. 
OSTB : 

Ok tuan-tuan - disclaimer dulu. Yang petikan di atas itu bukan saya cakap tau. Rasputin yang cakap.

Kewahyuannya? Apa maksud (divinity) dalam kurungan itu?


Apakah 'wahyu' itu khusus daripada Allah sahaja? 
Kepada manusia dan haiwan ?  

(Surah 16:68 wa auhaa rabbuka ila al nahli - Dan Pemelihara kamu memberi wahyu kepada lebah).



Kita lihat Surah al Anaam ayat 112 (6:112).



And thus We have made for every nabiyy an enemy - shaytans  from mankind and jinn, inspiring (wahyu) to one another decorative speech in delusion. But if your Lord had willed, they would not have done it, so leave them and that which they invent.

 
wa kazaalika - dan demikianlah
ja'alnaa - kami jadikan 
li kulli nabiyyin - bagi setiap nabi
aduw-wun - musuh
wa shayaa-teena - dari syaitan-syaitan
al insi - manusia
wal jinni - dan jinn
YUU-HIYA - MEWAHYUKAN
ba'dhuhum - sebahagian dari mereka
ila ba'dhin - kepada sebahagian lain 
zuhrufa al qawli - kata kata indah 
'ghururan - untuk memperdayakan 
wa lau sha'a rabbuka - dan jika Pemelihara kamu menghendaki
maa fa'a-luhu - tidak akan mereka melakukannya
fa dzarhum - maka biarkanlah mereka
wa maa - dan apa yang
yaf taroon - mereka mengada-adakan

Surah 6:112 "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya MEWAHYUKAN kepada setengahnya yang lain kata-kata (dusta) yang indah-indah untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Maka biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu"
Maka terdapatlah manusia yang menjadi musuh kepada nabi kerana mereka mewahyukan (yuu-hiya) kata-kata indah sesama mereka untuk menipu manusia.

Tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan itu.   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.