`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 24, 2020

KKM: Tabung darah kurang tapi mencukupi

Orang ramai yang berhasrat menderma darah boleh menghubungi KKM. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Tabung bekalan darah di hospital awam berkurangan sejak perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata situasi itu berlaku kerana orang ramai tidak digalakkan keluar untuk menderma darah di hospital dan lokasi yang mengadakan kempen derma darah.
Bagaimanapun, katanya, bekalan darah sedia ada dijangka mencukupi kerana pihak hospital mengambil langkah menangguhkan pembedahan tidak kritikal bagi mengelakkan penggunaan tabung darah berlebihan.
Sebelum ini, tular di media sosial yang mengatakan beberapa hospital besar negeri kehabisan bekalan darah sejak kawalan pergerakan berkuatkuasa, 18 Mac lalu.
Perkembangan ini menimbulkan keresahan netizen yang mendakwa beberapa golongan pesakit seperti penghidap kanser, ibu bersalin dan pesakit buah pinggang akan terjejas ketika menerima rawatan jika bekalan darah tidak mencukupi.
Ketika ditanya sama ada penderma dibenarkan ke hospital untuk menderma darah, Noor Hisham meminta mereka kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh kawalan.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah boleh menghubungi KKM bagi membolehkan kakitangan kementerian itu mengakses lokasi mereka.
Menurutnya, proses derma darah boleh dijalankan di rumah penderma sekiranya penderma bebas daripada gejala jangkitan Covid-19.
“Hubungi hotline KKM, kita boleh ambil darah penderma di rumah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.