`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 1, 2020

1,995 PATI cuba masuk Sabah dihalau

 

Pasukan keselamatan Esscom mengesan percubaan kemasukan PATI ke Tawau menerusi laluan yang tidak diwartakan. (Gambar Facebook Esscom)

TAWAU: Seramai 1,995 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki Sabah secara haram berjaya dihalang dan dihalau keluar oleh pasukan keselamatan sepanjang tempoh April hingga Okt tahun ini.

Ketua Staf Operasi Laut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Hamid Mohd Amin berkata, kesemua PATI terbabit dikesan cuba memasuki daerah Tawau menerusi laluan tidak diwartakan, iaitu di sekitar perairan Batu 1 hingga 5 di Jalan Apas, dekat sini.

Katanya, tindakan itu dibuat dalam operasi bersepadu Ops Cegah PATI (OCP) membabitkan pelbagai agensi keselamatan bagi mengekang kemasukan migran dari Indonesia serta Filipina.

“Bagaimanapun, tindakan kita pada masa kini ialah mengusir atau mengarahkan mereka berpatah balik ke negara asal masing-masing bagi mengekang dan memutuskan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan PATI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamid berkata, Esscom dengan kerjasama semua agensi pengua tkuasa dalam OCP laut akan terus memperketatkan kawalan di sempadan perairan daerah, terutama kemasukan PATI dari Pulau Sebatik, Indonesia.

“Komuniti maritim juga diingatkan supaya tidak bersubahat dengan tekong laut yang cuba menyeludup masuk PATI ke daerah ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.