`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 1, 2020

Covid-19: Finas tutup premis perkhidmatan di Hulu Kelang 5 hari bermula esok

 

Finas berkata, sepanjang tempoh penutupan premisnya di Hulu Kelang, kaunter bagi urusan seperti pembaharuan lesen, bayaran filem import, sijil perakuan penggambaran filem dan sebagainya turut ditutup. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) hari ini mengumumkan penutupan sementara premis dan operasi perkhidmatannya di Hulu Kelang selama 5 hari bermula esok (2 Nov) selepas seorang individu yang mengikuti program di premis berkenaan pada 24 Okt lepas didapati positif Covid-19.

Finas dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh itu, kaunter bagi urusan berhubung permohonan, pembaharuan lesen, bayaran filem import, sijil perakuan penggambaran filem (SPP), surat akuan filem iklan buatan Malaysia (MIM), surat sokongan kemasukan pekerja filem asing (PFA) dan tuntutan bayaran balik deposit, ditutup.

“Untuk sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan operasi perkhidmatan Finas, boleh berhubung terus di talian hotline 03-7968 2182 atau e-mel di info@finas.my. Talian hotline dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang, kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum,” menurut kenyataan itu.

Makluman akan dikemaskini di laman sesawang www.finas.gov.my dan media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @FinasMalaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.