`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 1, 2020

PKPD: Sabah edar 3,176 bakul makanan kepada penduduk

 

Deretan pasar raya dan kedai di Taman Semarak, Tawau sunyi susulan pelaksanaan PKPD di kawasan itu. (Gambar Bernama)

TAWAU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau hari ini meneruskan agihan bakul makanan kerajaan negeri Sabah kepada penduduk Taman Semarak yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sejak 26 Nov lepas.

Pengerusi PKOB Tawau Omar Mammah berkata, agihan bakul makanan di taman itu dimulakan sejak Jumaat lepas dan dijangka selesai malam ini.

“Kita ada 3,492 rumah di lokaliti PKPD Taman Semarak, tetapi kita hanya edar bakul makanan ni kepada 3,176 rumah yang berpenghuni.

“Kita mulai edar pada 30 Okt lalu sehingga jam 1 pagi dan hari ini adalah peringkat akhir pengagihan, kita akan agih bakul makanan kepada 1,100 rumah,” katanya kepada pemberita.

Selain Taman Semarak, bakul makanan juga diedarkan kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung yang turut dikenakan PKPD.

Beliau menasihatkan penduduk Tawau agar memberi kerjasama dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah itu.

PKPD di Taman Semarak dan PPR Balung dijangka tamat pada 8 Nov ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.