`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 18, 2020

Dulu masa berkuasa kenapa tak hapus YWP? soal NGO kepada PH

 

Ahli Parlimen Kuala Lumpur mahu Yayasan Wilayah Persekutuan dihapuskan susulan isu penjualan tanah oleh DBKL.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyelar ahli Parlimen pembangkang dari Kuala Lumpur kerana tidak menghapuskan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Timbalan Pengerusi Selamatkan Kuala Lumpur Mumtaz Ali berkata, kumpulannya dan NGO lain pernah menggesa Putrajaya menghapuskan YWP ketika PH mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

“Itu perkara pertama kami minta daripada bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan ahli Parlimen PH lain tetapi mereka tidak membuat apa-apa. Mereka mempunyai peluang untuk menghapuskan YWP tetapi kenapa tidak membuat apa-apa ketika itu?

“Mereka ibarat periuk mengumpat belanga dan harus bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen terbabit menggesa supaya YWP dihapuskan susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan pengurusan YWP terdedah kepada konflik kepentingan kerana menteri Wilayah Persekutuan dan datuk bandar Kuala Lumpur adalah pengerusi dan ahli lembaga pemegang amanah kepada yayasan itu.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, peranan utama yayasan itu yang menguruskan kebajikan rakyat boleh dilakukan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, DBKL juga boleh menubuhkan jabatan berasingan bawah seliaannya untuk mengendalikan perkara berkaitan kebajikan manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, YWP boleh bertukar menjadi badan statutori.

Mumtaz turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara melakukan siasatan terperinci terhadap semua transaksi bawah YWP.

“Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa juga harus lebih telus dalam perkara berkaitan dengan kementerian,” katanya.

YWP ialah sebuah syarikat berdaftar bawah Akta Syarikat 1965 dan ia tidak diawasi oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk Jabatan Audit Negara.

Semalam PAC mendedahkan 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL dilakukan tanpa merujuk kepada sebarang SOP sejak 2011, proses itu terlalu longgar dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan kuasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.