`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 5, 2020

Idris Jusoh's Not So Well Formed Outcome

 Sila baca Conclusion saya pada penghujungnya.  

I received this in the mail today from regular reader Hussain. Thank you. 

Felda has written a letter to 'Semua Peneroka' at Felda Sg Tekam Utara (and Jengka 19) telling them that they "diwajibkan" (meaning they must) to sedekah or donate an amount of RM300. It looks like the donation is for the Bulan Puasa of 2021 but no details are provided. 

There has been some criticism of this 'diwajibkan' in the social media. It is quite self explanatory. 






My Conclusion :

Mungkin bagi ramai orang perkara ini remeh. Kutipan sedekah sebanyak RM300 secara diwajibkan daripada Peneroka Felda Sg Tekam.

Tetapi apa yang tidak disenangi ialah kutipan sedekah secara diwajibkan.



Pertama sekali ramai orang Felda masih susah. Walaupun diwajibkan sedekah RM300 sahaja (bayar RM50 sebulan selama enam bulan)  tetapi bagi orang susah dianggap beban juga.

Kedua ialah perkataan "diwajibkan" disusuli dengan "menginfaqkan sumbangan ikhlas", "sebagai sedekah" dsbnya. Infaq itu daripada nafqah. 

Kalau sudah diwajibkan maka tak payah sebutlah ikhlas atau tak ikhlas. Contohnya kita bayar Income Tax. Ikhlas atau tak ikhlas kita mesti bayar Income Tax. Income Tax itu wajib.   

Surah 2:219


"..wa yas-aloo-naka maa-zaa yun-fiquuna, kul al-'ghaf-wa"

2:219  dan mereka bertanya  kepadamu: Apakah yang mereka akan nafkahkan (dermakan)? Katakanlah: "yang berlebihan (daripada keperluan kamu)" 

2:219 They also ask you what to give to charity (yun-fiquun) : say, "The excess." 

Maksudnya kita nafkahkan (derma) kepada orang daripada duit dan harta yang lebih daripada keperluan kita.  From our excess. 

Memang lojik dan saintifik pun. Kita hanya boleh derma apa yang lebih daripada keperluan keluarga kita.

Jadi apa pula yang lebih? Soalan itu siapa pun tak boleh jawab. Saya tidak boleh tetapkan bagi siapa pun apa yang lebih bagi dia. Begitu juga sesiapa pun tidak boleh tetapkan bagi saya apa yang lebih daripada keperluan bagi saya dan family saya.

Sebab itu dalam Al Quran, memberi nafkah (yun-fiquun) ini adalah voluntary. Kalau ada lebih, kalau nak bagi, bagi lah. Berapa nak bagi ikut suka hati. RM5, RM50, RM500 atau apa pun. You decide. Kalau tak ada lebih, kalau tak cukup untuk keluarga sendiri, tak ada paksa untuk bagi siapa pun.  

Balik kepada Felda, keadaan dalam negara kita sekarang sudah kronik. Orang miskin dan orang di bawah, ia itu rakyat marhaen atau rakyat biasa, masih menghadapi tekanan hasil daripada tindakan, keputusan dan 'dasar' yang dibuat oleh orang atasan, samada pengurusan Felda, pihak Kerajaan, pihak yang berkuasa dsbnya. 

Far too often, apabila ada keputusan, tindakan atau dasar baru yang digubal, orang bawah rasa sakit.  

Konsep 'Make Life Easy For People' itu tidak difahami oleh orang di atas. 

Dan yang amat merbahaya sekali apabila orang atas tidak tahu apa yang baik atau kurang baik bagi orang. When those in charge at the top do not know what is good and not good for the people.

Serupa cerita se-ekor kera yang duduk di atas pokok di tepi sebatang sungai kecil. Kera itu cemas dan risau melihat se-ekor ikan terperangkap di celah akar dan rerumput dalam air. Maka si-kera pun turun dari pokok,  'mengambil' ikan itu dan terus  bawa ikan itu ke tempat yang "lebih selamat" di atas pokok. Maka ikan itu pun mati. 

Cuma peneroka Felda itu bukan ikan. Mereka adalah pengundi. Datang pilihanraya nanti mereka boleh bagi undi kepada orang lain. Sepatutnya itulah yang mereka kena buat. Jangan bagi undi kepada parti yang sama setiap lima tahun. Tukar undi tuan-tuan kepada parti yang lain. 

Nasib peneroka Felda sekarang sudah tidak berubah sangat.  Dulu lepas zaman Soekarno peneroka Felda seronok dapat tanah 10 ekar seorang.  Sejak itu dunia luar sudah berubah, sudah berkembang, sudah maju jauh lagi ke depan. Tetapi tanah 10 ekar tetap 10 ekar. Tidak membesar jadi 20 ekar atau 100 ekar. 

Cuba fikir - dengan 'habuan' 10 ekar tanah orang atasan boleh 'cup' undi orang Felda selama berpuluh tahun.  Tanah itu pun bukan tanah bapak dia. Tanah itu tanah rakyat yang punya. 

Orang politik ini perlu berhenti melihat orang Felda sebagai sekeping 'kertas undi' sahaja. Genuine-ness mereka sudah kurang. 

This is 21st century ok. Zimbabwe pun sudah ada rumah dengan api, air dan jalan tar. Sekarang kita perlukan higher order thinking di kalangan orang politik untuk menggerakkan penduduk Felda maju untuk tembus ombak 21st century. 

Kutip derma wajib RM300 nak buat majlis buka puasa is so zaman dinosaur lah brader. Not so well informed.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.