`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 11, 2020

Ismail jawab video tular, pemandu disaman bukan kerana isteri duduk di depan

 

graphical user interface© Provided by Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Suatu video tular yang didakwa rakaman seorang pemandu kereta disaman kerana isteri duduk bersebelahan disifatkan sebagai berniat jahat dan ingin merosakkan imej polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, mendedahkan pemandu itu sebenarnya disaman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Hakikatnya, tidak ada larangan untuk duduk di depan atau di belakang, tidak perlu pakai mask pun, kerana dia dari rumah yang sama,” kata menteri pada sidang media.

Ismail melihat sendiri video tersebut dan berhubung secara langsung dengan Bukit Aman bagi mendapatkan penjelasan polis.

“Bila saya dapat video tersebut terus saya hubungi pegawai tertinggi polis. Saya sendiri tanya kenapa tindakan diambil,” katanya.

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu merupakan kesalahan mengikut Kaedah 17A Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.