`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 8, 2020

PM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter

 

Nahas helikopter di Taman Melawati hari ini mengorbankan 2 mangsa. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan keluarga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati hari ini.

Muhyiddin dalam hantaran Facebook beliau berharap keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian itu.

Perdana menteri berkata, beliau amat sedih apabila mendapat berita mengenai 2 individu yang terkorban dan 2 lagi cedera dalam nahas itu.

Beliau turut mendoakan mangsa yang cedera diberikan kesembuhan segera.

Kemalangan itu membabitkan 2 helikopter (9M-HCA & 9MHCB) jenis G2CA ketika kedua-dua pesawat tersebut sedang melakukan latihan penerbangan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dengan setiap pesawat membawa 2 orang.

Sebuah daripada pesawat itu terhempas dan meragut nyawa bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, 56, yang beralamat di Wangsa Melawati serta Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Dua yang terselamat ialah bekas ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Berhad Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Elan, 51, yang menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.