`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 16, 2020

Pusat tuisyen, tadika di zon hijau Sarawak dibenar beroperasi bermula esok

 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri membuat pindaan SOP untuk sektor peruncitan bagi kawasan PKPB dan PKPP yang berkuat kuasa pada 18 Nov.

KUCHING: Semua pusat tuisyen dan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang berada di zon hijau di Sarawak dibenarkan kembali beroperasi mulai esok, kata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau yang juga timbalan ketua menteri I berkata, semua pengusaha pusat tuisyen dan tadika terbabit dikehendaki mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.

Sementara itu, Uggah berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak membuat pindaan SOP untuk sektor peruncitan bagi kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa pada 18 Nov.

“Antara SOP tersebut adalah penggunaan alat pengimbas suhu automatik yang saya lihat kurang pengawasan daripada premis terbabit yang membiarkan pelanggan berseorang mengambil suhu…kita tidak tahu sama ada mereka (pelanggan) demam atau tidak.

“Selain itu, bagi syarikat di industri perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, peruncitan dan makanan di seluruh Sarawak perlu memastikan penguatkuasaan ke atas semua pekerja mereka agar sentiasa mematuhi SOP sepanjang masa,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.