`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 26, 2022

KBS naikkan semula elaun latihan atlet

 

Ahmad Faizal Azumu berkata, penambahan kadar elaun itu perlu dibuat bagi memastikan perancangan latihan dan kebajikan atlet terus terpelihara.

KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan yang memenangi pingat perak dan gangsa dalam Sukan SEA bakal menikmati semula kenaikan elaun latihan berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu.

Faizal berkata, penambahan kadar elaun itu perlu dibuat bagi memastikan perancangan latihan dan kebajikan atlet terus terpelihara.

Katanya, kementerian telah meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyelaraskan semula penambahbaikan kadar elaun kepada atlet-atlet yang terpilih mengikuti program latihan sepenuh masa.

“Bagi atlet yang tidak memenuhi kriteria pemilihan untuk dimasukkan ke program latihan sepenuh masa, saya telah meminta MSN untuk terus menghulurkan bantuan setiap kali mereka hadir menjalani latihan secara berfasa,” katanya sewaktu memberikan amanat pada majlis perhimpunan atlet dan jurulatih di MSN, Bukit Jalil hari ini.

Faizal berkata, untuk pemenang pingat perak Sukan SEA, elaun akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan, manakala bagi pemenang pingat gangsa juga akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan.

Bagaimanapun, bagi pemegang pingat emas jumlah elaun yang diterima masih kekal RM2,000.

Terdahulu, MSN mengumumkan penyelarasan semula elaun susulan keadaan semasa ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19, selain bencana alam melanda negara baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Ahmad Shapawi Ismail sebelum ini, berkata langkah itu bagi menyesuaikan perbelanjaan dengan peruntukan yang diterima, pihaknya terpaksa melakukan penyelarasan.

Memperincikan lebih lanjut, Shapawi berkata pertambahan ini akan melibatkan seramai 45 atlet biasa dan 12 atlet paralimpik sekaligus menjadikan kos elaun latihan secara keseluruhan mengikut peruntukan adalah sebanyak RM 9.2 juta

Shapawi bagaimana pun berkata, soal elaun bukanlah isu utama sebaliknya prestasi para atlet perlu diketengahkan dan dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Sea.

Sementara itu, ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi sebagai mewakili atlet yang lain berkata, penambaikan kadar elaun itu akan menjadi penyuntik semangat kepada mereka untuk meneruskan usaha dan latihan yang lebih jitu untuk melakukan yang terbaik buat negara.

“Dengan makluman ini saya berasa sangat gembira, ia memberikan lebih semangat untuk kami berlatih bersungguh-sungguh sebab tahun ini memang kami akan berdepan banyak temasya sukan, termasuk Sukan Sea,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.