`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 26, 2022

Menjadi hak bekas hakim kemuka saman terhadap kerajaan, kata Wan Junaidi

 

Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kerajaan akan menyerahkan perkara terbabit kepada Pejabat Peguam Negara, selepas saman dikemukakan oleh bekas hakim, termasuk tujuh balu dan tanggungan mereka diterima.

PETALING JAYA: Menjadi hak kumpulan hakim, termasuk tujuh tanggungan hakim yang sudah meninggal dunia mengemukakan saman bagi menuntut pelarasan pembayaran pencen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata, beliau mengetahui saman dikemukakan plaintif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, minggu lalu, namun tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan kerana sudah menjadi kes mahkamah.

Bagaimanapun, beliau kekal berpandangan tidak menjadi kesalahan berhubung saman itu kerana Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa antara tiga cabang kerajaan, membabitkan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

“Apabila kerajaan membuat keputusan yang tidak konsisten dengan pemikiran rakyat yang terkilan, menjadi hak sedia ada bagi mereka membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Kita perlu mengangkat prinsip semak dan imbang antara apa yang dilakukan kerajaan dan kesannya kepada kumpulan tertentu,” katanya kepada FMT.

Wan Junaidi ketika mengulas lanjut, berkata kerajaan akan menyerahkan perkara terbabit kepada Pejabat Peguam Negara, selepas saman berkenaan diterima.

Awal hari ini, FMT melaporkan, kumpulan berkenaan terdiri daripada 28 bekas hakim yang pernah berkhidmat di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya serta Sabah dan Sarawak serta tujuh tanggungan hakim yang sudah meninggal dunia.

Saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi minggu lepas. Ia menamakan kerajaan, Perdana Menteri, Jemaah Menteri, dan Ketua Pengarah perkhidmatan awam sebagai responden.

Mereka mahu mahkamah membuat beberapa pengisytiharan.

Pertamanya, mereka mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa kegagalan menetapkan peratusan penyelarasan yang lebih tinggi daripada 2% setahun ke atas pencen dan manfaat lain bagi setiap seorang plaintif – menurut Seksyen 15B(2) Akta Saraan Hakim apabila gaji para hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman yang sedang berkhidmat dinaikkan dengan berkuat kuasanya Peraturan Saraan Hakim (Pindaan Jadual Pertama dan Kelima) pada 1 Julai 2015 – telah mengubah pencen mereka dan manfaat lain sehingga sehingga menjadi kurang baik.

Mereka berkata, kegagalan itu melanggar Perkara 125(7) Perlembagaan yang dibaca bersama Perkara 125(9).

Perkara 125(7) menyatakan saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.

Pelarasan pencen disediakan menurut Seksyen 15(B) Akta Saraan Hakim namun sudah dipinda secara retrospektif pada 1 Jan 2014.

Kumpulan itu juga mahu kerajaan memansuhkan peraturan-peraturan berkenaan dan memasukkan peruntukan baharu bagi menyemak pencen untuk hakim bersara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.