`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 22, 2022

14 saksi dipanggil beri keterangan inkues kematian bayi Syifaa dalam buaian

 

Peguam pemerhati keluarga, Hafiz Norkhan, berkata inkues bertujuan merungkai fakta kematian bayi berusia 15 bulan itu, yang ditemui tidak sedarkan diri, pada 22 Feb lalu, dalam buaian di pusat asuhan, Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan.

SEREMBAN: Seramai 14 saksi dipanggil, hari ini, dalam prosiding inkues kematian bayi yang meninggal dunia dalam buaian, Nour Rania Asyifaa Yuseri.

Peguam pemerhati keluarga, Hafiz Norkhan memberitahu FMT, prosiding berjalan lancar dan pihaknya berpuas hati.

“Alhamdulillah sudah beberapa perkara terungkai. Dalam inkues kita bukan nak mencari siapa yang salah atau tidak, sebab tidak ada yang dituduh, cuma perungkaian fakta kematian bayi Syifaa (Asyifaa) itu sedikit demi sedikit ada yang kita dapat tahu.

“Tarikh yang berikutnya adalah tarikh penting sebab pakar forensik, pegawai penyiasat juga akan dipanggil, jadi kita akan tahu ke mana arah melibatkan kematian bayi Syifaa,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Hafiz merupakan seorang lagi peguam pemerhati keluarga yang dua minggu lalu dilantik bapa mangsa, Yuseri Yusuff, 39.

Pegawai pengendali inkues, Badius Zaman Ahmad, yang juga pengarah pendakwaan Negeri Sembilan memberitahu, sebanyak 19 orang saksi dipanggil ke mahkamah hari ini, namun empat daripadanya tidak dapat hadir.

Antara yang tampil menjadi saksi prosiding adalah polis yang menerima laporan berkaitan kes mangsa, Siti Khairunisa Muzlan; polis yang bertugas di pondok polis Sendayan; Penolong Pegawai Perubatan Klinik Sendayan, Dr Nur Aishah Abdul Latiff; Penolong Pegawai Perubatan Klinik Sendayan, Azeznahazifah Alias; pegawai perubatan yang mengesahkan kematian, Dr Muhammad Afiq Mohd Zain.

Turut dipanggil adalah beberapa ibu bapa yang turut menghantar anak mereka ke pusat asuhan, di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan.

Koroner Mahkamah Sesyen Seremban, Surita Budin menetapkan 10 Nov depan sebagai prosiding seterusnya.

Inkues bagi mencari punca kematian bayi berusia 15 bulan itu hanya bermula, hari ini, selepas dua kali ditangguhkan berikutan Surita dilaporkan cuti kecemasan dan menghadiri kursus.

Sebelum ini Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed, menetapkan tarikh inkues ditetapkan pada hari ini (22 Sept) serta 10 dan 17 Nov depan.

Turut kelihatan peguam pemerhati kepada pengasuh, Nurliana Ali Othman.

Pada 22 Feb lalu, Asyifaa dilapor ditemui pada kira-kira 3 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam buaian di pusat asuhan itu.

Ketua Polis Seremban Nanda Maarof, berkata bayi itu dijumpai dengan bahagian leher dan kepalanya terkeluar dari buaian, manakala badannya masih berada di dalam buaian tersebut.

Pada 30 Mac, Yuseri mendakwa anaknya kemungkinan dijerut dan meminta polis untuk mengemukakan hasil siasatan lanjut.

Tragedi menyayat hati ini turut mendapat perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan semula. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.