`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 13, 2022

Amaran cuaca buruk di 3 negeri

 

Kedah, Selangor dan Johor antara tiga negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 12 tengah hari.

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri sehingga 12 tengah hari.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Kedah, Selangor dan Johor.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Klang dan Kuala Langat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah melibatkan Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Johor pula membabitkan dua kawasan iaitu Pontian dan Johor Bahru),” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.