`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 15, 2022

Banjir kilat di Batu Pahat, 204 mangsa masih di PPS

 

Hujan lebat berterusan di Batu Pahat sejak 1.30 pagi hingga 5.30 pagi semalam dan fenomena air pasang menyebabkan daerah itu dinaiki air. (Gambar Facebook)

BATU PAHAT: Seramai 204 mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading, dekat sini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading setakat 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, jumlah berkenaan membabitkan sebanyak 57 keluarga yang terlibat dalam bencana berkenaan.

JPBD memaklumkan PPS yang mula dibuka 1 tengah hari semalam itu, melibatkan mangsa dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.

Semalam, hujan lebat turun tanpa henti di daerah itu yang bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan fenomena air pasang, mengakibatkan kawasan terlibat dinaiki air.

Selain itu, beberapa kemudahan di kawasan itu turut terjejas seperti Klinik Kesihatan Sri Gading dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.