`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 15, 2022

Dasar monetari negara bukan bawah kuasa Kabinet, pasukan jihad, kata Annuar

 

Annuar Musa berkata, jika harga barang meningkat, kerajaan tidak akan berdiam diri, sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat.

MELAKA: Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa menyangkal tuduhan ia gagal melaksanakan tugas mengawal kenaikan harga barang sehingga timbul cadangan membubarkannya.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara (BNM) baru-baru ini.

Katanya, pasukan itu tidak akan dibubarkan, sebaliknya terus bekerja keras untuk memastikan harga barangan dapat dikawal, seterusnya membantu rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Misalnya, harga minyak masak turun 40 sen, harga ayam turun…rakyat tetap merasa (penurunan harga). Pasukan ini tidak akan dibubar, banyak lagi kerja kita. Hal berkaitan polisi monetari negara bukan di bawah kuasa pasukan khas ini atau Kabinet, sebaliknya ditentukan jawatankuasanya sendiri (Jawatankuasa Dasar Monetari).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kabinet mahupun jawatankuasa kecil yang dibentuk Kabinet (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) tak boleh mengetepikan dasar monetari kerana ia ada undang-undang sendiri. OPR ditetapkan dengan mengambil kira banyak faktor.”

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan dan raptai sambutan Hari Malaysia 2022 di Banda Hilir malam tadi.

Tegas Annuar, jika harga barang meningkat, kerajaan tidak akan berdiam diri, sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat.

Beliau berkata, harga barangan dalam negara masih terkawal dan rendah, jika dibandingkan negara jiran, sehingga timbul masalah penyeludupan apabila harga barangan di Malaysia lebih murah.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus meningkatkan kawalan di sempadan untuk memastikan barangan dari Malaysia tidak diseleweng ke negara jiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.