`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 15, 2022

Hadi dah ‘nyanyuk’, tak layak lagi jadi pemimpin, dakwa pemimpin PKR

 

Timbalan Ketua Penerangan PKR I R Ramanan, serangan Abdul Hadi Awang terhadap bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah tindakan terdesak meraih publisiti murahan memandangkan prestasi partinya semakin merudum. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kecaman keras Abdul Hadi Awang terhadap Pakatan Harapan (PH) digambarkan tindakan terdesak yang timbul daripada pemikiran pemimpin yang didakwa sudah ‘nyanyuk’.

Timbalan Ketua Penerangan PKR I, R Ramanan berkata, reaksi ditujukan kepada presiden PAS itu susulan kenyataan terbaharunya yang kembali mencetuskan kontroversi menyerang PH yang dikatakan “sarat dengan orang tidak beriman dan bermoral”.

Kata Ramanan lagi, presiden PAS itu semakin lupa diri dan tiada prinsip, selain tidak layak lagi menjadi pemimpin kerana pernah melemparkan tuduhan hampir sama kepada Umno sebelum ini.

“Hari ini nyanyuk Hadi datang lagi, katanya PH tidak bermoral, kafir dan tidak beriman, ingat lagi dulu semua, dulu dia tuduh Umno dan sekarang dia tuduh PH. Memang betul-betul tidak logik Hadi ini, adakah Islam mengajar semua ini?” soalnya dalam kenyataan kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, Hadi didakwa sebagai pemimpin yang suka ‘memaksa’ semua ahli PAS menerima apa sahaja keputusan dibuatnya.

“Hadi akan meminta keseluruhan ahli PAS untuk menerima keputusan sekiranya parti itu memilih untuk bekerjasama dengan parti tertentu demi agenda politik untuk terus berkuasa,” katanya.

Ramanan berkata, serangan terbaharu terhadap bukan Islam dan bukan Bumiputera memaparkan Hadi begitu terdesak untuk meraih publisiti murahan memandangkan prestasi partinya semakin merudum.

“Saya juga rasa Hadi begitu terdesak untuk publisiti murahan kerana sokongan terhadap beliau dan partinya semakin lama semakin merudum…lagi-lagi dengan kenyataan ‘sampah’ beliau sejak akhir-akhir ini yang menyerang rakyat bukan Bumiputera serta bukan Islam,” katanya.

Sebelum ini, Hadi mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Ramanan ketika mengulas sikap ‘lupa diri’ presiden PAS itu, berkata dalam muktamar tahunan parti itu, beliau menjelaskan kenyataan menuduh bukan Islam dan bukan Bumiputera ditujukan kepada PH kerana sedar mereka memerlukan sokongan masyarakat untuk menang pilihan raya.

“…apabila mendapat kritikan terus konco-konconya termasuklah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) terkinja-kinja menukar cerita.

“Itu juga kerana ketika muktamar yang diadakan baru-baru ini, barulah PAS sedar jika hendak menang mereka perlu undi masyarakat Cina, India dan lain-lain selain Melayu Islam. Ketika itu, buat pusingan ‘U’ dengan mendakwa kenyataan itu hanya untuk PH,” katanya.

Hari ini, Hadi berkata, PAS menolak mudarat politik yang ditujukan kepada PH.

Beliau turut mendakwa PH mempunyai golongan yang bersikap anti-Islam, selain mengancam institusi raja-raja, dan asas-asas Perlembagaan, khususnya kemuliaan Islam sebagai agama persekutuan.

“Bahkan, terdapat juga kalangan yang fanatik bencikan Melayu dan Bumiputera, tanpa peduli adanya hak terhadap agama lain dan berbagai-bagai kaum yang sudah mencukupi,” katanya di Facebook. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.