`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 19, 2022

Hukuman Duduk Di Rehab Haiwan Cirit Berbelas Tahun?

 


23.8 (Day 1)  Monyet Jadah masuk kandang di Taman Haiwan 6.00 petang

Dalam keadaan tenang, masih berpakaian kemeja putih dan seluar hitam, berkasut.
 
24.8  (Day 2) - Monyet Almari masuk sekitar jam 10 malam.

Perjumpaan bersama Monyet Jadah di klinik taman haiwan 

Monyet Jadah bersama Pengarah Taman Haiwan dan Monyet Almari dalam bilik , perbincangan sekitar 1 jam.

Timbalan Ketua Pengarah Taman Haiwan maklumkan berkaitan renovation bilik. RM 50k diturunkan.

27.8 (Day 5) - Dapat makluman dari lawyer yang Monyet Jadah sakit.

Didapati Monyet Jadah dalam keadaan sihat. Tidak mengadu sakit perut. Tiada tanda pendarahan aktif sedang berlaku. Vitalsign semua normal dan stabil. Tiada apa-apa simptom.

Laporan dihantar pada pengarah Taman Haiwan (memo laporan pemeriksaan), yang akan dihantar pada ABCD.
 
Penegasan bahawa Monyet Jadah tidak akan dihantar ke hospital haiwan kerana keadaanya yang stabil dibuat kepada team Monyet Jadah  dan pegawai Taman Haiwan. Muka team Monyet Jadah nampak seperti kecewa.

Terdengar cadangan bahawa team Monyet Jadah telah membuat rancangan bahawa dia akan dihantar ke Hospital Haiwan Seladang. Arrangement di sana telahpun dibuat. 

Seterusnya, rancangannya ditukar supaya Monyet Jadah di hantar ke Rehab Haiwan Cirit pula. Sebab dia sakit perut ulcer.  Di sana dia akan lama untuk menghabiskan sisa hukuman  - sampai 15 tahun pun boleh.

1.9 (Day 10) Mesyuarat bersama bahagian Pengurusan EFGH. Bajet RM 3.5 juta turun dari Monyet Almari untuk uruskan Monyet Jadah – kenderaan, kesihatan, penempatan, bekalan pisang.

Baru dapat RM 50 ribu hari pertama, hari ke-10 ni RM3.5 juta.  

4.9 - (Day 13)

8.10 pagi - XYZ sudah bising, nak tahu keadaan kesihatan Monyet Jadah.

10.40 pagi - Monyet Jadah mengadu nose blok sahaja. Tiada sakit perut, tiada pening, tiada berak darah, tiada perut kembung, tiada muntah. Tekanan darah, dan lain-lain vital signs semua stabil.

Tak lama kemudian, dimaklumkan yang Monyet Almari call Pengarah Taman Haiwan, suruh hantar Hospital Haiwan  pada hari itu juga.

Bila sampai Hospital Haiwan, dihantar masuk wad Ungka. Bilik 1st class.

Tak sampai 5 minit team Taman Haiwan sampai, team Monyet Jadah juga sampai. Doktor haiwan peribadi Monyet Jadah  juga ada di sana.

Pihak Hospital Haiwan sendiri nampaknya kurang selesa kerana Monyet Jadah dihantar tanpa sebarang makluman awal. Tapi yang minta hantar bukan Taman Haiwan, arahan pihak atasan. Nampaknya semua pihak takut nak pikul tanggungjawab sekiranya ada sebarang isu berbangkit pada masa hadapan.

Doktor ambil darah dan tunggu keputusan darah, bila darah keluar semua ok, dia discaj.   

Tapi terpaksa rujuk pada tulang sebab Monyet Jadah mengadu sakit leher dan belakang. Pakar haiwan ortopedik juga datang.

Akhirnya, petang tu juga discaj. Team Monyet Jadah semua terkejut. Terkejut sebab discaj.

Monyet Jadah pula, awalnya tidak mahu balik ke Taman Haiwan. Tapi selepas Pengarah Taman Haiwan bertegas, Monyet Jadah menukar baju wad ke baju yang dia pakai masa datang tadi.

5.9 (Day 14)

9.10 pagi  Team Taman Haiwan hadir mesyuarat di Hospital Haiwan  – bersama wakil KLM, Pengarah Hospital Haiwan.  Pakar-pakar membincangkan isu semalam.

Tengah meeting, dimaklum yang Monyet Almari (Yang Overdose Amfetamin) bagi arahan pada Pakar Orto suruh admit Monyet Jadah ke wad. Habis meeting sekitar jam 4.30 petang.

Sekitar 8.15pm, Monyet Almari (Yang Overdose Amftamin) beritahu Monyet Jadah perlu dihantar malam ini ke Hospital Haiwan. Pihak Taman Haiwan enggan.

9.9  (Day 18)

Rancangan asal selepas habis sidang hukum tengah hari, terus hantar Monyet Jadah  ke Hospital Haiwan. Tapi sidang hukum habis petang. Hampir jam 6 juga baru masuk Hospital Haiwan. Pegawai pengiring yang escort semua tidak tahu akan ke Hospital Haiwan melainkan Ketua Pengiring. Dengan kata lain, ke Hospital Haiwan hari ini penuh rahsia dan tiada masuk media.
 
11.9 (Day 20) Semua pemeriksaan complete dan Monyet Jadah discaj dari wad lewat petang. Melalui pegawainya, minta duduk lama sikit. Namun pegawainya sendiri tidak bersetuju kerana tiada sebab, dan susah nak jawab dengan sidang hukum kenapa Monyet Jadah  perlu disimpan lama di Hospital Haiwan.
 
12.9 (Day 21)
 
Kecoh di sidang hukum - tekanan darah Monyet Jadah naik tinggi. Pihak Taman Haiwan dipersalahkan kononnya salah bagi ubat. Sedangkan ubat yang diterima adalah dari Hospital Haiwan. Dan lagi, tekanan darah begitu tak perlu ke hospital. 

Kalau manusia hanya disuruh balik berehat. Kenapa nak urus Monyet Jadah pula lain dari biasa. Namun, team Monyet Jadah push untuk hantar terus Monyet Jadah ke Hospital Haiwan. Walaupun team Taman Haiwan keberatan, Ketua Pengarah Taman Haiwan minta Monyet Jadah dihantar ke Hospital Haiwan.

Akhirnya Monyet Jadah dihantar ke Hospital Haiwan sekitar jam 2 lebih.  Petang itu, pihak Taman Haiwan dimaklumkan bahawa pihak ‘’atasan’’ arah simpan Monyet Jadah dalam wad hari ni. Buat apa yang patut.
 
17.9  (Day 26)

Dapat makluman yang Monyet Jadah akan dihantar ke Rehab Haiwan Cirit. Ya, arahan Boss Monyet Almari dan Monyet Almari (Yang Overdose Amfetamin). Motifnya, boleh jadi sudah ada perjanjian antara team Monyet Jadah dengan mereka.  
 
Para penjawat awam tertekan dan meluat. Korang punya mainan, susahkan penjawat awam nak ikut arahan hangpa. Bila ada masalah, penjawat awam  yang dipersalahkan.

18.9 (Day 27)

Arahan dari atasan bertubi-tubi suruh hantar ke Rehab Haiwan Cirit. Tapi masalahnya, dari Hospital Haiwan tiada indikasi kukuh untuk ke Rehab Haiwan Cirit. Pegawai fisio kata boleh buat outpatient 2-3 minggu sekali. Tak perlu ke Rehab Haiwan Cirit untuk active fisio. Dan Rehab Haiwan Cirit juga insist untuk Hospital Haiwan keluarkan surat rujukan sebab utama hantar ke Rehab Haiwan Cirit. Jelas sekali Hospital Haiwan pula tiada alasan melainkan arahan Monyet Almari (Yang Overdose Amfetamin). Takkan nak tulis sebab arahan Monyet Almari (Yang Overdose Amfetamin)?  

Kalau tulis sebab arahan Monyet Almari (Yang Overdose Amfetamin), nanti dia kena jawab. Mereka tak nak bertanggungjawab. So, sekarang jadi isu pula pasal 
pakar Hospital Haiwan tak nak keluarkan surat rujukan, tapi dapat arahan pindahkan ke Rehab Haiwan Cirit.

Semua yang terlibat tertekan ketika ini. Tapi semua tak berani nak tampil ke hadapan.

Rumusan:

Motif ke Rehab Haiwan Cirit :

1. Mudah pergerakan untuk keluarga Monyet Jadah, secretary, monyet-monyet penyokong nak jumpa.

2. Mudah berjumpa monyet-monyet penyokong berbanding dalam kandang di Taman Haiwan. Mungkin menjadikan mainan catur lebih mudah  dibuat .

3. Rehab Haiwan Cirit disediakan dengan fasiliti VVIP

4. Di Hospital Haiwan sekarang ni, bilik 1st class digunakan.

5. Apa pakar-pakar akan jawab nanti sekiranya tiada sebab Monyet Jadah perlu di hantar ke Rehab Haiwan Cirit?

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.