`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 18, 2022

Konvensyen Amanah lulus usul wakil rakyat ingkar arahan, automatik hilang keahlian

 

Usul itu disokong dan dibahas dua perwakilan, sebelum diluluskan oleh majoriti perwakilan dalam Konvensyen Amanah di Seremban hari ini.

SEREMBAN: Konvensyen Amanah meluluskan cadangan pindaan perlembagaan terhadap Ahli Parlimen, Senator atau ADUN yang melanggar keputusan parti untuk hilang keahlian secara automatik.

Cadangan usul itu dibawakan perwakilan Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi yang berkata, Amanah boleh memasukkan fasal baharu, iaitu Fasal 6.3 dalam perlembagaan parti.

“Mereka (ahli yang melanggar keputusan parti) juga bertindak melepaskan keanggotaan daripada parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 49A(1)(a)(i) Perlembagaan Persekutuan dan juga dianggap tidak lagi menjadi anggota parti sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika mencadangkan usul itu dalam Konvensyen Amanah.

Zamri berkata, usul itu selaras Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, yang diluluskan Dewan Rakyat Julai lalu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ia antara empat usul yang diterima untuk dibahas dalam konvensyen kali ini, selain usul kenaikan harga barang asas, hak warganegara Malaysia mewariskan kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara dan pindaan retorik perjuangan Melayu Islam serta gagasan Melayu Islam bermaruah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad ketika bangun menjelaskan usul itu berkata, Amanah perlu menambah atau meminta perlembagaan sedia ada supaya mana-mana wakil rakyat parti yang ingkar arahan parti boleh dianggap keluar atau melompat parti.

Usul itu kemudian disokong dan dibahas dua perwakilan, sebelum diluluskan oleh majoriti perwakilan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.