`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 2, 2022

Malaysia tarik pelaburan RM123.3 bilion dari Januari hingga Jun, kata Mida

 

embaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) berkata bagi projek diluluskan kerajaan, lima negeri iaitu Johor, Selangor, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang, menyumbang RM103.5 bilion atau 83.9% daripada jumlah pelaburan diluluskan.

KUALA LUMPUR: Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM123.3 bilion (USD28.0 bilion) dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan merangkumi 1,714 projek dari Januari hingga Jun 2022, termasuk membuka 57,771 peluang pekerjaan.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam kenyataan, berkata pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama iaitu pada 70.9% atau RM87.4 bilion (USD19.9 bilion), manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 29.1% berjumlah RM35.9 bilion (USD8.2 bilion).

Dalam tempoh ini, sektor perkhidmatan memainkan peranan penting dalam pemacuan pemulihan ekonomi negara, menyumbang 63.3% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan atau RM78.0 bilion (USD17.7 bilion) daripada 1,351 projek.

Ia merekodkan kenaikan 48.8% berbanding RM52.4 bilion (USD12.6 bilion) dalam nilai pelaburan bagi tempoh enam bulan pertama tahun sebelumnya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sebanyak 22,569 pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam sektor perkhidmatan bagi 2022.

Sektor perkilangan mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM43.1 bilion (USD9.8 bilion), menyumbang 34.9% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan berbanding RM75.8 bilion (USD18.3 bilion) bagi tempoh Januari-Jun 2021.

Mida menjelaskan sebuah projek mega yang telah diluluskan menyumbang kepada jumlah pelaburan yang tinggi dalam sektor perkilangan pada tempoh 2021.

Daripada jumlah FDI diluluskan, China mendominasi pelaburan bernilai RM48.6 bilion (USD11 bilion), diikuti Jerman (RM9 bilion) (USD2 bilion), Singapura (RM6 bilion) (USD1.4 bilion), Brunei (RM5.1 bilion) (USD1.2 bilion) dan Belanda (RM4.1 bilion) (USD900 juta).

Bagi projek yang diluluskan kerajaan, Mida berkata lima negeri utama iaitu Johor, Selangor, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang, menyumbang RM103.5 bilion (USD23.5 bilion) atau 83.9% daripada jumlah pelaburan diluluskan.

Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Azmin Ali, Malaysia berada di landasan betul untuk memperoleh lebih banyak projek berkualiti, berimpak tinggi serta berintensifkan modal, dengan perkhidmatan menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi dan penyumbang terbesar pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama tahun ini.

“Dalam mengekalkan momentum ini, Miti akan terus mengukuhkan daya saing negara melalui pembangunan ekonomi yang kompleks, memupuk ekosistem perindustrian yang kukuh dengan intensiti inovasi, meningkatkan keterangkuman dengan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi termasuk mempromosikan peluang untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan serantau dan global.

“Dipacu oleh aspirasi pelaburan nasional, kami akan mempergiatkan fokus kami ke arah sektor seperti ekonomi digital, elektrik dan elektronik, farmaseutikal, kimia serta aeroangkasa yang mempunyai potensi ekonomi yang signifikan dan pertumbuhan jangka panjang yang mampan,” katanya.

Mida berkata, kerajaan telah membariskan misi perdagangan serta pelaburan yang strategik dan fokus yang disasarkan bagi meraih pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, inovasi serta penyelidikan yang akan melengkapkan dan mengukuhkan lagi ekosistem perindustrian Malaysia.

Pelaburan asing merangkumi bahagian terbesar, mencatatkan RM50.4 bilion (USD11.5 bilion) atau 64.6% daripada jumlah pelaburan diluluskan untuk sektor perkhidmatan, manakala baki 35.4%, atau RM27.6 bilion (USD6.3 bilion) adalah daripada sumber domestik. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.