`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 2, 2022

Muda umum pengarah pilihan raya minggu depan

 

Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz berkata parti itu perlu berbincang dengan PH mengenai cara terbaik untuk mereka bergerak bersama dalam PRU15. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Muda akan mengumumkan pengarah pilihan raya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dalam satu persidangan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Sept ini.

Timbalan presidennya, Amira Aisya Abd Aziz berkata menerusi persidangan itu juga, beberapa bengkel bagi persediaan menuju PRU15 akan diadakan.

“Di hujung persidangan itu, kita juga akan mengumumkan jawatankuasa pilihan raya termasuk pengarah pilihan raya Muda,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Amira yang juga ADUN Puteri Wangsa mengadakan pertemuan dengan pembeli projek Flat Taman Mount Austin yang terbengkalai di sini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ketika ditanya sama ada Muda akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, beliau berharap agar kerjasama dengan PH dapat diteruskan seperti pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Kita kalau boleh, kita hendak bergerak dengan parti-parti yang berkongsi prinsip dan dasar yang sama…yang paling utama sekali bagi kami, PH memang berkongsi prinsip dan dasar yang sama dengan Muda,” katanya.

Bagaimanapun, Amira berkata parti itu perlu berbincang dengan PH mengenai cara terbaik untuk mereka bergerak bersama dalam PRU15.

PRN Johor pada Mac lepas merupakan pentas pilihan raya pertama, yang menyaksikan Muda bertanding selepas secara rasmi didaftarkan pada 23 Dis tahun lepas.

Muda memenangi satu daripada tujuh kerusi ditandingi pada PRN itu, menyaksikan Amira Aisya menang dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.