`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 16, 2022

Najib Menjadi "Encik" Di Tiga Negeri. Lapan Negeri Belum Tarik Darjah "Datuk" Daripada Najib

 


Setakat ini tiga buah negeri ia itu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang telah menarik balik pingat darjah 'Datuk' yang pernah diberi kepada Najib. Maka di ketiga negeri itu Najib balik menjadi 'Encik' biasa.

Ini adalah satu precedent atau contoh yang baik (uswatan hasanah) oleh ketiga negeri itu. Maksudnya mereka ingin mempertahankan imej dan kebesaran pingat darjah Datuk dari negeri mereka.  Mereka ingin menjaga 'standard' lah.

Tahniah diucapkan kepada DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Sultan Selangor dan TYT Gabenor Pulau Pinang atas tindakan yang bijak dan berhikmah ini.

Saya harap ia akan menjadi norma bagi mana-mana negeri membatalkan anugerah pingat darjah kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah oleh Mahkamah atas perbuatan jenayah, 

Selain tiga negeri itu Johor dan Terengganu tidak pernah anugerah sebarang pingat darjah Datuk Najib.  

Semoga negeri yang lapan lagi akan menerima ilham yang lebih baik.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.