`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 11, 2022

"Pandemik" Lebai Rogol : Satu Lagi Kes Di Melaka Pula

 


 

  • imam didakwa 12 tuduhan rogol, liwat, amang seksual adik ipar usia 9 tahun
  • antara September 2017 hingga Jun lalu.
  • Tertuduh, 40, mengaku tidak bersalah
  • Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan penjara 10-30 tahun serta sebat
  • Pendakwa Raya memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan 
  • mangsa kini berada di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

My Comments :

Tertuduh itu seorang imam (penjawat awam) dengan gaji RM1,500 sebulan. Tentu sekali dia juga mengambil upah yang lain untuk pelbagai perkhidmatan berkaitan agama. Yang anehnya dia boleh rogol dan meliwat anak perempuan itu selama EMPAT tahun tanpa diketahui orang lain seperti ibubapa mangsa, guru di sekolah atau kawan-kawan mangsa. Samada mangsa itu diugut atau dia merasa tertekan dan takut untuk mengadu kepada sesiapa pun.  Pihak yang berkenaan (Jabatan Kebajikan etc) patut menyiasat bagaimana pencabulan serupa ini boleh berlangsung untuk begitu lama.  

Dari segi jawatannya sebagai imam pula, apakah status segala tugas dan ibadah yang dipimpin oleh imam ini selama empat tahun dia terlibat jenayah rogol itu? 

Yang lebih sedih ialah seorang manusia yang dipandang tinggi dan sangat dipercayai oleh masyarakat sebagai pemimpin agama boleh mendustakan kepercayaan itu dan mengambil kesempatan untuk menjadi perogol dan pencabul.

Dan ini bukan kes pertama ataupun akan menjadi kes terakhir serupa ini dalam negara kita. 

Memang kita perlu tangkap, mendakwa dan menghukum imam atau mana-mana lebai yang terlibat rogol, liwat dan mencabul. Tetapi apabila kes-kes yang melibatkan orang agama seperti ini makin bertambah, kita perlu membuat sesuatu yang lebih positif dan pro-aktif untuk mengelak atau mengurangkan jenayah rogol sebelum ianya berlaku. 

"TENOM: Pendakwah bebas terkenal E... L.. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas 11 pertuduhan berhubung kes gangguan seksual."

Mungkin sudah tiba masanya di mana kurikulum pengajian agama di sekolah, madrasah, pondok,  kolej dan universiti  ditambah dengan pengajian saikoloji gangguan seksual, kajian kesihatan mental perogol dan pencabul, mengajar Kanun Keseksaan Malaysia (Malaysian Penal Code) berkaitan hukuman untuk rogol, liwat dsbnya. 

Saya melihat bahawa tiada sebarang perbincangan atau perbahasan oleh para intelek dan cerdik pandai berkenaan masalah ini yang makin menjadi seperti pandemik.  Pendekatan masyarakat Islam sekarang lebih semacam 'tutup mata, tutup telinga dan buat tak tahu' saja. Mungkin dengan cara begitu masalah ini akan hilang dengan sendiri.  'If you ignore it long enough, maybe the problem will go away by itself.' 

Melihat kepada begitu banyak kes rogol dan cabul yang dilaporkan media dan disebut di mahkamah yang melibatkan imam, pendakwah dan kumpulan lebai, percayalah masalah ini  tidak akan berkurangan ataupun akan hilang dengan sendiri.

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.