`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 13, 2022

Tahanan warga emas maut di Ipoh

 

Orang kena tahan (OKT) didapati tidak sihat sementara sedang menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk menjalani pertuduhan, kata Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan.

PETALING JAYA: Tahanan warga emas berusia 62 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh, hari ini.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata kematian orang kena tahan (OKT) terbabit disahkan kira-kira 10.30 pagi selepas dikatakan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang.

Katanya, OKT itu ditangkap pada Sabtu lalu mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Jalan Carey, di Ipoh dan sedang ditahan sementara siasatan dijalankan.

Beliau berkata, kira-kira 9.02 pagi, OKT berkenaan didapati tidak sihat sementara sedang menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk menjalani pendakwaan (pertuduhan).

“Polis menghubungi hospital dengan OKT itu dihantar ke HRPB oleh ambulans untuk menerima rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, susulan itu kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Katanya, bedah siasat ke atas mayat dijadualkan pada esok.

Pada 11 Sept, Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap berpusat Shah Alam meninggal dunia.

Ketua Komunikasi Korporat Polis A Skandaguru, berkata OKT berusia 33 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri, di lokap berkenaan, kira-kira 4.59 pagi.

Katanya, polis kemudian menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan bantuan, namun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam, kira-kira 5.20 pagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.