`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 19, 2022

Taman hantu ditutup selepas penduduk terganggu dengan jeritan pengunjung

 

Pengunjung dibawa menaiki trak kuning melalui beberapa laluan seram. (Gambar Facebook)

REMBAU: Polis mengarahkan sebuah taman berkonsepkan seram di Kampung Pulau Bongek di sini ditutup selepas penduduk mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

Katanya, penduduk terganggu dengan jeritan pelanggan dari kawasan berkenaan hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut laporan Kosmo!, ‘Misteri Trak Kuning’ adalah idea sekumpulan anak muda yang menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa `hantu’. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.