`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 16, 2022

Tiada layanan istimewa tahanan, termasuk pegawai polis, kata KP Selangor

 

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya tidak pernah memberi layanan istimewa kepada tahanan dalam lokap. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Polis Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wujud layanan istimewa terhadap tahanan termasuk melibatkan pegawai polis seperti ditularkan menerusi aplikasi Telegram, semalam.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, menegaskan tidak ada arahan atau kebenaran untuk memberikan layanan istimewa kepada tahanan seperti didakwa.

Katanya, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perkara tersebut dipatuhi.

“Polis tidak pernah memberi apa-apa layanan istimewa kepada mana-mana tahanan di dalam lokap dan tidak akan berkompromi terhadap salah laku mana-mana pihak termasuklah pegawai atau anggotanya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Arjunaidi berkata, berdasarkan siasatan dijalankan mendapati gambar yang ditularkan itu diambil oleh seorang anggota polis yang merakamkan dari sudut menampakan kipas dihalakan ke sel yang dihuni oleh pegawai polis tersebut.

Namun jelasnya, kipas berkenaan dibekalkan untuk kegunaan anggota bertugas di ruang bersebelahan sel tersebut.

“Susulan itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal berumur 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.