`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 6, 2022

Tipu, menyamar setiausaha sulit TMP, ahli perniagaan mengaku tak salah

 

Tertuduh Redzuan Zainuddin didakwa di Mahkamah Majistret mengaku tidak bersalah kerana cuba menipu dengan menyamar sebagai setiausaha sulit Tengku Mahkota Pahang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai setiausaha sulit Tengku Mahkota Pahang (TMP), dua tahun lalu.

Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Redzuan didakwa cuba menipu pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank, Abd Samad Khalid, 58, dengan menyamar dan mempercayai bahawa tertuduh sebagai setiausaha sulit kepada Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Raja Pahang sehingga mendorong mangsa supaya melantik tertuduh sebagai ahli pemegang amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini, pada 2.14 petang, 27 Mac 2020, mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh manakala peguam Ramalinggam yang mewakili Redzuan memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Okt untuk sebutan semula kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.