`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 12, 2023

Bau ‘diesel’ di LRA, Luas tingkat pencegahan elak gangguan bekalan air

 

Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menyiasat punca pencemaran bau seakan diesel dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang malam tadi. (Gambar Facebook Luas)

PETALING JAYA: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan gangguan bekalan air di Lembah Klang susulan pencemaran bau di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang.

Agensi itu memaklumkan pihaknya mengesan bau seakan diesel kira-kira 9.45 malam tadi dan sedang mengenal pasti punca serta persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, susulan penemuan itu pihaknya meningkatkan kawalan di muka sauk keempat-empat LRA terlibat iaitu Rantau Panjang, Sungai Selangor fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor fasa 2 (SSP2), dan Sungai Selangor fasa 3 (SSP3).

“Pengepaman air dari HORAS 600 dan kolam alternatif KL Larut sebanyak 836 JLH (juta liter/hari) diaktifkan bermula 10 malam.

“Pintu baraj di muka sauk LRA juga diturunkan bagi meningkatkan pencairan dan membolehkan aliran pencemaran mengalir melepasi muka sauk LRA dengan segera,” katanya di Facebook. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.