`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 9, 2023

Edar dadah: Lelaki Nigeria terlepas hukuman gantung

 

Pada 13 Nov 2019, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Ngonadi Chibuzor Innocent selepas didapati bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Nigeria terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan sabitan terhadapnya bagi dua pertuduhan mengedar dadah jenis kokain dan kanabis seberat 1.26kg enam tahun lalu.

Hukuman Ngonadi Chibuzor Innocent, 44, diganti dengan penjara 12 tahun serta 20 sebatan dan bekas pekerja restoran itu diarah menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap iaitu 12 Sept 2017.

Panel tiga hakim diketuai Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas peguam Afifuddin Ahmad Hafifi memaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi Ngonadi Chibuzor bagi mengetepikan hukuman gantung dengan meminda pertuduhan daripada mengedar kepada memiliki dadah, lapor Bernama.

“Setelah mempertimbang mitigasi perayu, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap perayu,” katanya yang bersidang bersama Hakim Supang Lian dan Ahmad Nasfy Yasin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan di Gombak pada 11 pagi dan 11.20 pagi 12 Sept 2017 mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Pada 13 Nov 2019, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Ngonadi Chibuzor selepas didapati bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K Mangai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.