`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 2, 2023

Hanya akaun pusat dibeku, bukan negeri, kata ahli MPT Bersatu

 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Razali Idris berkata setakat ini pembekuan akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya melibatkan akaun Bersatu pusat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Akaun Bersatu pusat saja dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya akaun di peringkat negeri masih aktif, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Razali Idris.

“Setakat ini, kita dimaklumkan ketua badan pimpinan Bersatu di seluruh negara yang akaun bank milik parti di peringkat negeri masih aktif dan tidak terbabit dengan pembekuan.

“Kita juga sudah melakukan semakan, akaun milik Bersatu negeri juga masih aktif,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan mengesahkan SPRM membekukan akaun Bersatu dengan siasatan berterusan dan saksi akan dipanggil membantu siasatan.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut, harap bersabar,” katanya kepada FMT.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, dalam kenyataan mendakwa kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik kerana membekukan akaun parti itu.

“Bersatu akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas Bersatu dapat dihentikan segera,” katanya.

Terdahulu, sumber parti mengesahkan akaun Bersatu dibekukan SPRM mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.