`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 2, 2023

Himpunan bantah bakar al-Quran, polis rakam keterangan 10 individu

 

Polis sebelum ini mengenal pasti individu terbabit dengan dua perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Belanda pada Jumaat.

PETALING JAYA: Polis merakam keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, pihaknya merakam keterangan semua individu berkenaan, baru-baru ini.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengenal pasti individu terbabit dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan di IPD Dang Wangi.

Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Dang Wangi kemudian membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, polis mengesan demonstrasi aman dan serahan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan agama Islam yang tidak mematuhi undang-undang diadakan di lokasi berkenaan.

Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan seramai 400 orang menyertai perhimpunan diadakan di hadapan Kedutaan Sweden. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.