`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 7, 2023

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada lebih 5,000

 

Keadaan banjir di Pahang semakin buruk setakat pagi ini, dengan kebanyakan mangsa terjejas di Kuantan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seramai 5,018 mangsa banjir daripada 1,488 keluarga, termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU), ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat pagi ini.

Menurut kemas kini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 8.16 pagi, sebanyak 28 PPS telah dibuka, dengan 24 di Kuantan dan empat lagi di Pekan.

Antara PPS paling ramai menempatkan mangsa termasuk SK Fakeh Abdul Samad, Kuantan dengan 430 mangsa; Dewan Dato Manan (406); Kolej Kemahiran Tinggi Mara (394); SK Pandan (379); dan Wisma Belia (355).

Seramai 298 mangsa ditempatkan Dewan Taman TAS, Kuantan; 266 di Dewan Orang Ramai Kg Seri Mahkota; masing-masing 247 di SK Kampung Belukar dan SK Kafa Ubudiah Al Jariah, Taman Guru; 224 di Dewan Orang Ramai Kg Pandan 1; 217 di SAR Kafa Jaya Gading; 197 di SK Wira; dan 189 di Dewan Serbaguna Jaya Gading.

Sementara itu, Dewan Wawasan JPS Kemunting, Kuantan, menempatkan 151 orang mangsa; Dewan Orang Ramai Seri Damai (150); SK Batu 3 (135); SK Bunut Rendang (133); SK Kempadang (132); Dewan Mat Kilau (106); dan SK Mat Kilau (100)

PPS lain yang turut dibuka di Kuantan termasuk Dewan Melati Penjara Penor, yang menempatkan 62 orang mangsa; SK Pelindung (52); Balai Raya Kampung Pahang (30); dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (8).

Empat PPS yang dibuka di Pekan terdiri daripada SMK Peramu Jaya, yang menempatkan 70 orang mangsa; SK Tanah Putih (15); SK Seri Maulana (15); dan SK Seri Terentang (10). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.